Anda bukan lahir Di Kelantan, Tapi Nak beli rumah di Kelantan…Jadi, Ikut 5 cara proses Exco untuk bukan anak Kelantan, Baca sampai habis sebab tips terakhir penting untuk anda.
1. Permohonan Exco Consent
– Syarat asas dia kena duduk 15 tahun tanpa putus di Kelantan. Ada peguam dia tidak berani proses kalau pemohon tidak cukup 15 tahun duduk di Kelantan.
– Walaupun tidak cukup 15 tahun, sekiranya nak cuba nasib boleh cuba daftar asalkan tuan rumah sanggup tunggu.
– Macam permohonan exco ini ambil masa 6 bulan ke 1 tahun untuk lulus. Mungkin lebih.
– Kemungkinan untuk lulus sekiranya tak cukup syarat 50:50.
– Ada jugak kadang-kadang sesetengah individu yang bekerja di Kelantan melebihi 5 tahun dah boleh lulus permohonan ini bergantung atas Tempat Kerja, Profession Kerja, IC Pasangan dan Rezeki Allah.
– Setelah Lulus, ada bayaran Premium akan dikenakan biasanya sama seperti Kos Stamping Pindahmilik 14A
2. Sijil Anak Kelantan
Syarat asas dia kena duduk di kelantan min 15 tahun . Permohonan dibuat di Pejabat Tanah dengan surat sokongan Penghulu / Penggawa dan dokumen berkaitan lain.
Ada sesetengah peguam yang ada orang dalam di pejabat tanah boleh cuba dapatkan sijil ini walaupun duduk tak smpai 15 tahun lagi. Kalau cara biasa memang susah lepas. Kena guna backdoor jugak.
Kos cara dalam 3k-8k. Bergantung atas kerumitan kes.
* Tidak semua peguam ada link @ connection untuk buat benda ni.
* Hanya selected rumah / listing sahaja yang mana kita bebas pakai panel peguam kita yang berkebolehan untuk proses.
3. Hartanah yang dijual oleh pemaju yang menyertai Malaysian Property Exihibition (Mapex) Anjuran Kerajaan Negeri.
Dia ada syarat² tertentu..
Ada bayaran sumbangan kepada Kerajaan & REHDA.
Premium bergantung atas Penilaian Pejabat Tanah ikut Harga Rumah.
4.Membeli Hartanah yang dimajukan oleh Anak Syarikat Kerajaan Negeri.
– Projek di bawah Binaraya PKINK
– Kerajaan negeri ada pekeliling khas untuk anak syarikat perumahan dia bagi orang melayu bukan anak kelantan bagi membeli hartanah di kelantan dibawah tanah rizab melayu.
5. Pinjaman Bersama / Joint Loan dengan pasangan yang mempunyai IC kelantan @ anak kelantan
– Hanya terpakai untuk loan bank yang mana bank tersebut boleh buat Third Party Charge
– Tidak semua bank boleh buat.
– Contoh;
Isteri IC Kelantan
Suami IC Luar Kelantan.
Pinjaman atas Suami, Daftar nama di Geran atas nama isteri.
0 comments